Saturday, 22 October 2016

Good Things Can Still Happen

Muh girls :)


Assalamualaikum.

So my girls are all soundly (bahaaa) asleep right now. I'm kinda alone, unable to sleep due to exhaustion. Biasa la camtu, letih sangat memang kadang tak dapat nak lelap. That's why I envy my girls ni. Sampai dengkur dengkur haaa ahahha. Letih benor bunyiknye.

We had a long day today. And tiring one. Siang aku kerja kejap, lepas zohor bertolak ke town untuk jumpa Azuani kat Evergreen Laurel Hotel. Wani dan Shu join sekali, tapi Shu join kemudian sebab kerja. Gambar dengan Shu pun takde sobssss TT So aku dan Wani lepak kejap kat bilik Azuani sampai lah tiba masa dia pegi dinner. Oh btw, dia mai Penang sebab ada dinner company. Untung kan? Dinner company buat kat luar negeri. Kalau company aku, buat kat Vistana jew then balik. Dalam negeri lah katakan. Hahaha sodehhh. Anyway sebab aku ni jenis suka nak spend time dengan orang yang penting dalam hidup aku, aku redah jugaklah walaupun agak letih sebab pagi ni, rasa macam semua benda aku setel kat ofis tu. Colleague aku tuuuu aku pandanggggg je bila dia dua kali keluar ofis eh apeni keja dia aku nak kena setel ni. Haih. Nak tendang, anak orang kannn -..-

Masa lepak tu macam macam kisah yang terbongkar. Oh wait terbongkar is such a strong word. Ok lah, yang terkeluar. Hahahah. Amazing how we can gossip like old times. Tak berenti cakap langsung sampai jadi lapor hahahha hadoi lah. I notice that we are so grown ups. Dah masuk fasa komitmen. Dulu? Komitmen tu apa? Haa gitu. It warms my heart, that my dear friends are doing okay in life. Dah lama lama sembang tu, Azuani dengan officemate dia bersiap untuk dinner. Sempatlah kitorang mekapkan dorang berdua walaupun hakikatnya kitorang sendiri pun noob makeup abadi ahaha.

Since dah takde nak buat apa malam ni, kitorang decide untuk check-in hotel The Chambers Suite betul betul seberang Esplanade. Betul betul tepi jalan jugak. Tapi malangnya masa tu pukul 8.30 malam, pengunjung ramai lah pulak sampai habis parking hotel kena ambik. Takde langsung ko boleh bayang takkkk. Dah la jalan lorong kecik tu semua sibuk sebab Deepavali. Sesat pulak tu. Aku stress gila dah masa tu, nak balik mandi dan tukar baju je haaa sebab berlengas dari pagi tak mandi. Mulut kitorang ni, bawak keluar ayat "cemana ni weh" je hahah aku stress Wani pun stress semua pakat stress iskkk. Sudahnya kitorang pegi balik Evergreen, amik kunci hotel Azuani, masuk dan mandi. Hah hilang terus sakit kepala. Dinner Azuani habis agak lewat so kitorang tunggu sampai terlelap haa. Then kitorang pegi balik The Chambers Suite. Shu tolong check-in sebab dia sampai dulu, so biarlah dia rehat, tido. Walaupun tak spend time sekali dengan kitorang, I think it is good to include Shu. Dari tak jumpa langsung kan. Sapa tahu, entah bila pulak next meeting nanti.

Outing dengan girlfriends ni something yang aku selalu look forward to, lagi lagi bila dengan kawan yang jauh. Aku suka, sebab aku sayang kawan-kawan aku. Of course nak jumpa kan. So whenever they come down to Penang, sedaya upaya aku try untuk meet up. Ada plan yang jadi, ada plan yang tak jadi yelah kita paham dorang turun pun sebab ada kerja dan lain-lain. Ada plan yang interrupted by other things. Tapi ape yang ada tu, aku rasa dah memadai.






Retis in the houzzzz


Retis (tengah) dan non-retis




6 years and counting (omg nak masuk sepuluh!). Moga moga persahabatan kita tak putus walau ape pun yang datang. Ok lah renggang sikit tu acceptable lah kalau dah kawen nanti. Kasi chan lah kat suami. Hahahah.

Ayoyu guys :)


No comments:

Post a Comment