Thursday, 9 February 2017

Payment Not Found

Assalamualaikum.

Nak cerita kisah customer hari ni, yang agak funny la bagi aku. And bodoh hahha. Entah lah customer ni banyak ragam dia. Pernah kena marah tak tentu hala oleh customer, maki lah ape lah, takpe la yang tu memang lumrah bahagian servis. Cumanya kisah hari ni, kena dijadikan pengajaran. Untuk tak jadi stupid sangat sebagai sorang customer. Jadi customer ni sebenarnya kena bijak jugak, bukan bertindak semberono kalau tak, masuk blog/website staff company yang bagi servis tu. Macam yang aku tengah buat ni ahahaha!

Anyway, customer ni, J, telefon company marah marah bagai. " Eh I sudah buat payment kenapa I tak dapat barang lagi. I want a refund". Aku tanya lagi, ada invois atau proof lain tak. Dia kata noooo takda invois (dah pelik dah ko bayar untuk something yang takde invois. Camna ko bayar weh??). Kok sabar nyah, semua benda kita boleh check, boleh setel. So lepas sembang sembang, lagaknya macam dia beli hosting service untuk abc.com (laman web palsu, laman web sebenar kena dirahsiakan). Kencang je bagitau aku macam tu. So aku pun suruh hantar payment transactions untuk mintak bahagian akaun check samada betul ke payment tu masuk.

Akaun cakap takde. Langsung.

So pagi ni aku bagitau dia, no such payment exists. Then korang tau ape dia reply kat aku? NAK REPORT POLIS. Nate mu. Hahahah geram dah haku. Weh kalau dah start nak report tak tentu hala ni, aku menyirap la. Kita bagi emel punya baik weh, explain satu persatu sir, please provide further proof. Then baru aku sedar sesuatu lepas check untuk 20 minit sebab semalam tak dan nak check kalut nak balik on time ahah. Haaa engkau. 20 minit aku perah otak ni untuk customer yang gini gaya dia deal dengan customer service. Ghopenye....

....WEH DIA DEAL DENGAN COMPANY YANG SALAH WEH.

Bayaq dekat company beauty products, tapi pi cari company IT apahal lu ni. Semalam kencang je kata I buy your service I buy your service mati mati aku ingat pakai servis company aku la. Tapi si J ni salah contact orang yang responsible untuk purchase dia tu. Which is soooooooo stupid bagi aku haha omg ko boleh tak check dulu kitorang ni company ape semua sebelum sembur sembur orang. Haa pastu aku bagitau kat telefon, explain satu persatu (dia semacam takleh terima error dia tu sebab terdiam hahaha). Last last conversation tu aku nak cakap something lagi, terus letak telefon. Tuut tuut tuuut.

Haaaaa malu lettewwwww.

Itu laa. Lain kali siasat dulu pakai otak. Perah otak sikit, bukak mata mata tu sebelum terjah je. Jadi customer ni memang kena tegakkan hak sebagai customer yakni kena dapat ape yang kita dah bayar, tapi kena bijak jugak noh dalam ape ape hal pembelian pun. Dan bertamadun.

Ok sekian kakyam nak pegi tengok Hwarang. Muhahahhaa opppppaaaaaaaa 😍


No comments:

Post a Comment