Sunday, 12 March 2017

W11: Living With Interns


Rasa macam aku pun boleh tergolong dalam group intern ni. Ahahaha :P




Assalamualaikum.

You alllllll aku baru dapat intern weiiiiiiiiiiiiiiiii. Ekceli tak baru la, ada 2 bulan lebih dah start dari Januari hari tu. Setakat ni still tengah sesuaikan diri dengan hidup yang agak baru ni. Biasalah dulu aku kerja sorang, takde orang kerja bawah aku. Pelik jugaklah kan tapi nak buat camna, kena adapt jugak lah nak tak nak pun.

Banyak benda yang dah jadi lain lepas ada intern kat department aku. First, beban kerja aku diringankan. Sebenarnya tambah banyak hahaha WHAT THE FISHHH sangat. Sebab aku kena check balik semua benda yang depa buat. It's like double work lah. Kalau dulu aku sendiri buat, aku tak check semula dah. Tapi dorang banyak setel hal hal remeh yang tak termampu aku nak commit buat setiap hari. Memang tak boleh cope dengan workload sebelum ni so bila dorang setelkan, boleh lah aku setel benda lain yang tertangguh tu.

Yang kedua, ada geng so tak sunyi. Selama ni aku dok sembang dengan colleague aku tu je bosan jugak aku. Takdelah interesting sangat conversation kitorang haaa. Mungkin sebab dia laki aku pompuan or sebab aku muda dia tua sikit or..maybe memang kitorang tak interested nak nyembang dengan each other. Puhahahah. Ketiga ni paling tepat doooo. Aku lagi prefer sembang dengan manager aku hahahha. Sori lah tapi memang I is menyampah kat colleague I tuuu. Bila ada budak budak ni (depa ni umur 23 & 24 gila muda remaja), ada la geng sembang geng hu ha. Walaupun aku ada prinsip untuk tak melebih lebih dengan dorang memandangkan dorang ni intern je, I still wanna be your friend but hey I'm still your supervisor. Gitu lah. Complicated sikit tapi doable je pun.

Ketiga, aku sendiri banyak belajar dari dorang. Sebab ni satu benda yang baru bagi aku, sangat mencabar otak dan hati weh. Interns, biasa lah banyak tanya benda. Non stop masalahnya hahaha. Kadang tu sampai kerja aku pun tak setel menjawab soalan depa ni I izzz strezzz ya knowww. Soalan tu kadang merepek sangat sebab dia fikir lebih dari yang sepatutnya. Banyak kali aku snap, aku tertinggi suara, aku memang tak hide frustration I feel sorry to them. Tapi lepas tu aku cover balik, be chatty and all. Then we are all okay, walaupun aku tak tahu lah dalam hati ape yang dorang rasa kan. Harap takdelah mengguris hati sebab aku sendiri pun dok belajar nak kawal emosi.

Tapi baguih la banyak tanya. Banyak la pengetahuan kan. Tu la part yang aku cuba positif sikit walaupun dalam hati mace nok kekoh ore hahah!

Aku harap sangat yang dorang banyak belajar benda, terutamanya work ethics, nilai kerjasama dan lain lain. Walaupun work ethics company aku banyak flaws (puhahahha. Ni memang seriousssss). Just harap dorang faham camna hidup bekerja, penat dan lelah dia, kepuasan dia terutamanya bila dapat elaun. Hahaha happy gila dorang dapat elaun aku gelak je. Pastu terus makan KFC hari dapat elaun tuuuuu. Haila budak budak ni. Innocent sangat. Maaaaciaam aku 3 tahun sudah.

Thank you la you guys. For giving me the chance to be your supervisor :)

No comments:

Post a Comment