Great British Circus

April 09, 2017

Assalamualaikum.

Semalam aku dengan Seming pegi rumah cousin dekat Sg. Dua. Cousin aku ajak pegi tengok Great British Circus (dia belanja uuu gomapda!) dengan anak beranak dia dekat Sebarang Jaya, sebelah Sunway Hotel je tempatnya. Dah alang alang tengok circus, tido sekali la kat rumah dia. So semalam lepas kerja, kitorang tunggu parents balik dari Kota Bharu around 3pm, then kemas barang, makan, tengok tv kejap dengan dorang, kitorang gerak ke sana. Aku petang petang memang mengantuk. Tapi tengok adik aku lagi dia nampak mengantuk so ok takpe aku drive. Dalam kereta boleh pulak dia pegi tido kan. Aku ingat at least dia teman dengan menyembang la kan. Ada bopreng ke, apa khabar ipoh ke. Ini tak terus dozed off lepas masuk jambatan haha takleh belahhh. Tak memasai aku kena redah hujan lebat sensorang. I iz scared okeii dok bismillah sepanjang jalan je.

Sampai sampai je dah lepas Asar. Kitorang semua rehat kejap, tengok TV (lagi) then bersiap. Memandangkan aku ni ada masalah usus terlebih aktif (kah!), aku menapak lama dalam toilet sebab eu tak sanggup lah nak buang air kat luar kediaman. Sejenis yang tak selesa, takde feel kata orang. Gross nak mateyyy. Hahahhaha. Weii dua jam okei circus ni, kalau skip sebab nak buang air, is a waste of time.

Budak budak ni dari masa aku sampai lagi dorang dah excited. Bila excited dorang jenis aktif. Bila aktif aku jadi lelah nak melayan. Hahaks :P So aku biarkan aje dorang aktif aku cakap ye ha okey ye ha okey. Tu je. Dasar makcik pemalas hahahaha. Sebelum 8 malam kitorang keluar rumah, ada 15 minit nak sampai circus tu. Sampai je kitorang nampak perghh ramai gila dok beratur. Nasib baik cousin aku sejenis taknak renyah tapi nak murah, dia beli hot seat so ada line khas untuk hot seaters. Alhamdulillah ku sayang cousinku itew. Ahahahah.

Aku ni jenis penah pegi sekali je circus ni. Bapak aku penah bawak dulu kalau tak silap. So bila dapat pegi lagi, rasa teruja gila lain maciam, sama spesis je dengan bebudak ni kahkah dua kali lima jee boooo :P Rasa waaaaa this is amazing can you believe it you go to a circus??? Walaupun takde lion takde tiger, it's a friggin CIRCUS!!!! Camtu lah. Kemudian masa dok ralit tengok performances, tetiba aku dapat idea ni: nak pegi circus kalau melancong ke mana-mana dengan husband. W cakap okay je hahahha dia kalau melayan kehendak dan kemerepek-an aku, bereh je semua haa kang last last aku gigit jari. Aahahhah! InsyaAllah kan W? Kita kumpoi duit noh?

To my cousin shayangggg terima kasih sebab layan kami adik-beradik, belanja lagi haaa. Nanti kami mai lagiiiii okeyy saranghae 💓












You Might Also Like

0 comments