W18: Playing Tourist

May 07, 2017





Assalamualaikum.

Jenis weekend nak menepek tido kat rumah, aku rasa tu yang terbaik bila aku dah kerja macam nak mampoih untuk 6 hari. Biasanya weekend memang aku cuba untuk tak keluar rumah, berkelubung dalam selimut dalam bilik. Fuh, the best thing ever. Tido ke, tengok drama marathon ke.....kemas bilik ke (paaaaling rare ni kahkah :P)

So this weekend was a bit fun. Adik aku dengan member dia plan nak jalan jalan penang ni. Lepas dengar tu terus iols sprung up: weiii nak ikut!!!! Bukan ape...kalau lagi ramai lagi selamat. Pastu diorang takkan bosan kalau aku join. Gerenti seronok. Kahkah! Dasar tak tahu malu! Eh peduli pulak iols. Nak join jugak tak kira. Buehehehe.

Kitorang plan pagi Ahad ni untuk check out jetty yang jadi tapak warisan tu. Aku..jujur la aku cakap, tak pernah pi pun selama hidup kat pulau ni hahahha. Terok en nama ja anak pulau tapi semua tempat pun tak pernah jejak. Alahhh nanti lah aku free aku pegi lerr check out. Isk. Idea adik aku ni bagus jugak (pertama kali tahun ni dia bagi idea bernas kekeke ><), dapat lah aku pegi tengok walau sekali. Kalau tak bila lagi kan.

Kitorang pegi Chew Clan Jetty. Petempatan Jetty ni ada banyak, menurut salah sorang Mr. Chew yang duduk kat Chew Clan Jetty ni. Ada Lee, Chew, dan lain-lain. Kena jalan sikit akan masuk clan lain. Haa lawak kan. Semua lelaki sini pun nama Mr. Chew, katanya. Like, Hi may I know where Mr. Chew lives? Nanti semua orang tunjuk semua rumah yang ada. Semua pun diduduki Mr. Chew. Haha. Paling cute lah lawak hari ni. Penduduk akan bukak laluan pukul 9 pagi. So tadi kitorang nampak camna penduduk hidup kat jeti ni. Dahsyat weh. Rasa amazing gila. Rumah kau atas air, lepas tu laluan utama ada satu je, laluan tu lah yang kau guna nak pegi rumah orang lain. Pastu macam takda privasi, rumah terbukak luas sampai boleh nampak isi rumah. Very the kampung suasana dia. Takde beza dengan kampung atas tanah yang normal tu. In awe sangat oo camni rupa chinese village.

My sister and I agreed that this place is just too amazing.







Arrrrr hangattttt. Arrrrrrr *ngamok*




Lepas dah berketibas jalan kat jeti je, kitorang cross jalan masuk kereta semula, rehat jap 5 minit sebelum sambung ke destinasi tourist yang seterusnya tak lain tak bukan, street arts. Aku bukan apa tau, sebab aku tinggal kat sini, bagi aku takde benda sangat lah. Tapi sebab bawak member adik aku ni, ok lah kita bagi dia experience. Kang orang tanya wei ang tak pi ka jalan penang masa intern hari tu? At least boleh lah member tu cakap adaaaa aku pi street arts! Pengalaman paling buruk!

Hahahahahha.

Sebab apa tau? Sebab panas gila hari ni. Panas yang membahang even kau jalan tak sampai 2 minit pun kau dah ketibas wei. Nak cari street arts tu, is better to walk instead of taking car. Memang dekat, dan jalan pulak sempit. So tinggalkan kereta kat memana then jalan je. Kitorang sempat cover 4 atau 5 spots, semua dekat dekat. Spots yang lagi 3 tu jauh sangat kitorang dah tak larat gila aku tengok kawan tu macam nak pengsan. Hahahaha. So ok lah ada cover sikit, kita chow pegi Bukit Bendera pulak. Datang Penang tak singgah Bukit Bendera tu umpama tak complete lah. Kan?

















Dah selesai turun Bukit Bendera dan merasa Lily Ais Shaving/Kacang/seumpama dengannya (sebab tak ingat nama kedai. Bahahaha), kitorang gerak ke Kapitan kat Queensbay. Awwws favourite iols wei. Dan favourite member member aku. Entah kenapa weh. Aku syak sebab milani lah. Semua orang asyik nak makan milani je asal pegi kapitan. Asal kapitan je milani, asal milani je kapitan. Ahahah. Lunch hour sebelum 2pm, takde lagi milani so kitorang makan beriyani ayam (adik) dan kambing (aku), si member adik aku bedal maggi goreng sebab tak makan beriyani. Ok lah, memasing ada taste bud memasing kita kena hormat, walapun dalam hati aku terdetik, uih ada jugak noh tak makan langsung nasi beriyani. Haha judgemental sebentar di situu.

Mianhae, mianhae.



Ini beriyani..aku yang punyaaaaaa.




I was so glad that my Sunday was productive enough. Cukup la niiii. Nak produktif takat mana laggggiiii. Balik ja teroih berdengkoq lepas semayang Zohor. Hahaha. Okay lah good bam erbodyy!

You Might Also Like

0 comments