Thursday, 27 July 2017

Celebrating Mon's 26th Year of Living





Amboiii tajukkkk. Hahahah.

Assalamualaikum to all!


Semalam, aku, Intan, Sheri dan Mon dinner sama-sama dekat Sushi B'rito kat SPICE Canopy. Masa decide nak pi makan tu, ingatkan dinner biasa je. Monthly gathering ke apa kan. Ko tahu lah team jemah aku ni tak boleh hidup kalau tak jumpa within 2 months. Hahahah. Ghopenye ada plan lain: celebrate birthday Mon. Aku dah tua tua ni jenis tak celebrate celebrate. Tapi dah member hang excited, pregnant lagi, den tiada hati nak menolak.

Memula nak plan venue dinner tu, punya lah payah. Kira kos makan, jenis menu yang ada, memacam lagi lah sampai tarik tarik rambut aku pasal nak pilih tempat pun amik masa berjam nak decide. BERJAM JAM. OKAYYY. Dalam pulau je kot? Ko paham takkkk. Hahahahha. Girls, camtulah. Complicated. Nasib baik last last tu semua setuju dengan permintaan Mon nak makan kat Sushi B'rito ni sebab dia asyik dok sebutttt ja dari hari tu. Ok lah, kita follow lah kemahuan birthday gal. Ini kalilahhh.

So malam semalam, aku sampai dulu. Hmmmmmm. Not bad lah ambiance restoran ni. Takdelah very the japanese, tapi takdelah sampai takde langsung elemen jepun tu kan. Camna nak kata taktauuu. Haha. Just nice lah untuk lepak dan relaks. Makanan pulak standard, RM20.00 dah boleh dapat one set (main dish, side, drink).

Mon sampai paling last. Dasar birthday girl sungguh ohoho. Kitorang dari mula ingat nak buat surprise celebration lah kan pastu siap sorok lagi kek birthday. Sebab kitorang ni tak reti nak merahsiakan surprise, terbongkar jugak plan hahah sebab kek tu nampak obvious sangat kitorang taruk atas kerusi. Kah! Ade jugak aku marah Mon 'eyy buat buat taktau laa orang nak surprise pun tak jadi'. Hahaha birthday gal kena marah 😂

Lepas makan lepak dalam nak 2 jam, kitorang keluar jalan jalan area atas SPICE. Cantikkk. Aman je kalau lepak malam sambil hayati angin sepoi sepoi itew. Hahahha sepoi. Aku takleh lah dengar perkataan tu it sounds funny 😆 Area ni baru bukak tahun ni, so sape sape yang nak datang Penang tu, jangan lepas peluang datang kat canopy tu time malam. Baru nampak lampu diaaa macam gambar gambar kat bawah nii.

Anyway to birthday gal, Mon, happy birthday yang ke 26. Semoga terus maju ke depan dan makin kurus. Sebab Mon selalu komplen 'aku gemuk' takleh belah betul. Hah! Nah ku doakan untukmu! 😁😁


Merendek di bahagian atas SPICE Canopy. NIIIICE.















Psss..thank you girls for last night!



No comments:

Post a Comment