Sunday, 6 August 2017

W31: Busy

Assalamualaikum yuhuu!

Okei bertemu kembali dalam weekly update kittttaaaa. Seminggu ni agak sibuk kejar masa untuk siapkan keja, sebab intern aku yang terakhir ni dah nak chow Ogos 12 ni. So aku nak gunapakai tenaga dia untuk buat semua benda selagi boleh tu. Setel benda ahead of time lah kiranya nanti takdelah aku terkocoh kalut nak setel benda sensorang kan. You know lah hok lagi sekor tu tak gemar sumbang tenaga aku pun malas dah nak bertekak. Aku kerah semua benda biar intern yang buat. Pastu aku goyang kaki tengok drama korea. Bueheheh :P Seronok weiii. Kateeee supervisorrrrr this is what supervisor does in reality.

Ok joke joke. Hahah. Kita pun kerja keras okeiiiiiii.





Isnin tu, aku ajak intern pegi lunch dekat pecel relau. Setelah sekian lama akhirnya bukak jugak kedai ibu. Mengidam sampai meroyan doh sampai terbawak dalam mimpi. Lepas menanti dalam setengah jam kat kedai tu (tempat duduk pun scarce okeii ko bayangkan ramainya orang tu), baru lah kitorang dapat makan. Ni first time intern datang makan sini walaupun rumah sekentut je jauhnya haha. Dia pun rasa amazing eh ada jugak tempat camni yea. Dah makan sesuap dua tambah dengan sambal merah ibu, fuh. Menjejes peluh memasing. Pedas. Gila. Sudahlah panas membahang so bayangkan wajah kitorang time tu ohoho. Tapi takpe, intern cakap sedap, aku pun dapat ape yang aku idamkan, everibody iz happyz.

Esoknya aku pegi makan sana lagi dengan adik aku pulak hahha cighettttt 😂







Bersama ibu mengandung Jumaat lepas, Sheripehh. Hahahah. Ok, Sheri. Plan lunch ni impromptu sebenarnya. Aku baru ingat nak makan KFC hahahha sebab dah gajiiii dannnn memenuhi permintaan perut. Tetiba time buat kerja pagi tu dapat whatsapp let's lunch geder geder. Aku ni sebagai kawan yang berwibawa dan berwawasan, haruslah memenuhi permintaan ibu mengandung. Yang tak mengandung pun aku try penuhi okeisss takde kes berat sebelah di sini 😀 So sebab aku boleh je nak makan kat mana pun, aku kata ok set lezgo. Dia mai ambik kat ofis, kitorang pi cari Bangkok Tomyam. Tetiba dah nak sampai, dia terfikir Nasi Kandar Yusuf yang kebetulan aku memang suka sebab sedappp. Okei takpa kita boleh pusing dan off we go to Yusuf. Dah sampai kat Yusuf, tutup pulakk. Hantu betui. Okei takpa kita pusing kita pi kedai ikan bawal kat Bayan Lepas.

Hahahaha! Ko tengok tak betapa gigihnya nak cari makan tu! Pusing sana sini nak 40 minit! Tak pernah lagi dalam hidup aku pusing gini rupa. Only with Sheri uols. Lebiu Sheri I tau you baca kehkeh 💓 Anyway aku suka gila nasi dengan bawal dorang niii. Selalu je makan sini cuma tak tahu ada jual bawal. Dan bubur free. Sengal tak sengal kan. Thank you Sheri bawak makan sedap untuk lunch terakhir of the week. Puas hati, perut kenyang. I wonder next lunch hang nak bawak pi manaaaa 😋




THE BEST. Lately ni kaki Pocky sebab sedap sangat, dan murah. RM10 boleh dapat 5 kotak! Perisa sedap sedap pulak tu especially banana. Fuh! Intern aku pun sukhaaaaaaa. Kalau nak beli yang murah, beli kat orang yang juai camni ok. Bukan kat pasaraya. Kat pasaraya depa juai nak dekat RM3 sekotak.


No comments:

Post a Comment