Tuesday, 10 October 2017

Petanda




Assalamualaikum.

So pagi ni bangun awal untuk masak. Semalam colleague aku, F ajak bawak bekal hari ni, entah napa hahhaa tetiba sangat tu. Aku pun okey je, memandangkan dah lama gila tak masak ennn. Dengan keyakinan yang jitu dan keazaman yang tinggi, aku selongkar laci groceries untuk cari bahan nak masak. Emmm. Macam tak cukup bahan, tapi takpe kita teruskan niat nak bawak bekal tu. Demi kesihatan.


Keh. Ko masak spaghetti sihat sangat jahh :P

Sebab takde  daging atau ayam (ada jew tapi malas nak cincang), aku guna sosej lah senang sikit hidup ni. See. Sihat sangatt~ Spahetti dah masak, tak lembik, tak keras. Just nice. Ok siap satu benda. Pastu nak masak sos pulak. Bawang dah potong apa semua, tumis (orang kata caramelized gituhh), then masuk sos Adabi. Hahahahahahhahaha so cepat doo. So sihat dooo 😋

Okei so dah nampak sos macam dah ok, tambah semua perasa macam herbs, pepper, serbuk cili kasar. Emm. Apsal pulakkkkk sos warna merah gelap niii. Okei takpe kita tambah sos tomato mak aku pernah guna dulu sebab darurat sos Adabi tak cukup. Kalau tak kitorang biasa pakai tomato yang direbus dan blend. Tapi sebab aku ni laa maleh tahap apa dah tapi nak jugak bawak bekal, ok tomato sauce it is.

Emm. Wrong move, man.

END UP SOS SPAGHETTI AKU TAKDE RASA SOS SPAGHETTI ENGKORANG PAHAM TAKK PERASAAN DIA. HAHAHHHAHAHA #bebai


Rasa macam..eh dulu aku tibai buat je, edible je. Ni apsal jadi camni pulak. Penat berketibas kat dapur, jadi tak sedap pulaks. Iols makan dalam kekecewaan. Emm tak sedap pun kena makan lah dah air tangan aku. Pastu aku naik atas, mandi, get ready untuk kerja. Mandi pun dalam kekecewaan, tunduk je mengenangkan spaghetti kat dapur tu bahaaa. Sis kemurungan sangat di awal pagi 😂😂

Dalam dok bersiap tu aku terdengar bunyi sudu laga dengan mangkuk. Oh sudahhhh jangan kata mak aku pi makan weiii hahahhahaa. Debar teruk haa pengkritik paling tinggi tuhhh. Hahahahaha. Tapi takdelah pulak mak aku ketuk pintu bilik, kata 'Long sos mu tak sedap la long'. Aku expect dengar ayat pedas ni lah ahaha. Dah mandi pun berpeluh you. Nasib baikkkk. Kritik dalam diam pun ok ma, lagi afdhol. Kekeke :P

Ok lah sekian sajalah kisah sos spaghetti tak sedap tah hapa hapa iols. Lain kena beringat, kena rajin sikit rebus dan blend tomato. Orang malas selalu rugi.


Ya, ni jugak petanda kena selalu masuk dapur ringankan ontot 😏 #bontotbukanotot



No comments:

Post a Comment