Saturday, 14 October 2017

W41: Before Getting Married




Assalamualaikum.

My back is killing me. PMS is killing me. But nothing is gonna stop me from getting excited for today. Been waiting for today since 2 months ago tau takkk betapa excited sis iniii.  Pagi ni pegi keja dengan penuh semangat kesukanan. Mekap pun extra sikit dari normal kekeke.

Hari ape ye?


Hari dating dengan gegirls! To be exact, hari jumpa Azuani sebagai individu yang solo uhuu. Sebelum dia kawen dengan stranger yang emmm dalam hati sejujurnya aku tak boleh terima (yet) hahah.

Anyway, macam biasa, Azuani ada annual company dinner kat Penang Evergreen Laurel Hotel macam last year. Bila aku tahu hari tu, aku ingat nak tido kat town sekali lagi dengan member member, tapi disebabkan member lain semua cam busy, on budget dan sebagainya, okay toksah pening kepala, kita cancel bermalam sana. Aku okay ja tak kisah pun memana hahah asalkan dapat jumpa sudahlah. So kitorang (aku dan Wani Bahari) pilih untuk makan dekat Kapitan Queensbay (laaaagi) sebab Azuani nak sangat makan chicken milani. Berahi tak berahi je aku dengar milani hahaha sebab selalu sangat dok pi makan kat Kapitan tapi takpe! Demi Azuani!

Sampai je kat Kapitan, gembira bukan kepalang dapat nampak batang hidung Azuani hahaha over kan. Entah cam lama gila tak jumpa, last masa dinner last year company dia la, around this month jugak. Sambil sembang, kitorang update pasal hidup memasing. Mostly pasal hidup dia lah sebab dia nak kahwin dah kan. Lagipun aku pun boleh nak menimba ilmu sikit, kot laaaa ada ilmu. Kekekeke :P

Lepas sembang, kitorang tangkap gambar kejap kat belakang restoran, pastu part ways with Wani. Dia nak balik rumah, aku hantar Azuani balik hotel untuk dia bersiap for dinner. On the way tu, sembang lagi tak ingat dunia. Biarlah, lepas rindu sikit. Kekeke emoooo je keje ekau yooo. Dah hantar dia kat hotel, uiseh nak terkencing pulak iols hahah so singgah melepak hotel kejap. Lama jugak aku singgah ada satu jam jugak kitorang melagho. Bahaaa. Bila lagi nak melagho time dia solo niii.


Ok on the serious note, boleh tak nak jujur dekat sini? Malam sebelum meeting tu rasa macam ish ok ke ni nak jumpa wani sebagai individu solo ni. I mean, she's getting married soon kot. Perasaan aku bercampur baur nasib tak muntah je hahah. Rasa seronok pun ada, rasa upset pun ada. She's my bestfriend, tho takdelah aku cerita semua hal hidup aku kat dia especially lepas keluar U. But still I consider her as my bestest friend (does that bestest word even exist haha). Jadi bila ada lelaki masuk dalam hidup member yang aku treasure alot, otomatik aku rasa tak best. Kadang marah, kadang sedih, kadang happy. Cam onggila kan hahaha I knowwwww I feel that I am crazy too, not just you. Upset la sebab her time will be spent mostly on this unknown guy, she's gonna tell everything to him, seek him for comfort, ask him for opinions. Whoaaaaa. Ni apeni penampakan ciri wanita obese obses kew? Hahahha.

Nah, it's because I love my friend so much it breaks my heart to let her go to live with someone else who can treat her better than I do. Yeah, I'm a bit broken inside I know that feeling so well wei. Penah rasa dulu cuma bezanya dulu rasa kat kawan yang tak berbaloi. I know I may not be her bestest friend (I don't mind that), but I could not be selfish either cuz she deserves her another half.

So lama lama tu, aku pun dah boleh terima hakikat sikit and I think she will be fine no matter what. But I will always be there for her. Kot gaduh dengan laki, please cari iols kay. Iols paksa laki iols bagi tumpang. Tapi maksimum 2 hari je aku kasi, kena balik ke pangkuan laki semula lah, jatuh dosa nanti wei, jatuh rindu. Kekeke :P

Moga selamat semuanya, kawan!


Bride sibuk nak kurus. Aku tengok dia ni half dari aku kut aishhh 😂


Friends forevah, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment