Sunday, 10 December 2017

W49

Assalamualaikum.

Dah nak hujung hujung tahun ni, terasa nak buat weekly life update lah pulak. Emm walaupun hidupku ini tak menarik hahahha peduli pulak aku. Mohon anak beranak cucu cicit baca passion mak, nenek dorang ni walaupun takde benda nak dipassion-kan (langsung) gahahahahahah 😂


Monday be like..tada sinyummm. I was so moody and just wanted to curl up in bed



My sister the clown. Tengok la suka nak dengki 😑


Kitorang makan sushi untuk lunch hari Selasa tu. Sebab dari minggu lepas lagi dok mengidam




Aku punya paling murah hahah. Less than RM30 you owsss. Nasib baik jenis tak suka nak bersushi sangat. Stinkin expensive makan sushi saja ooii.


Naik motor dengan Fakhirah memang boleh pengsan weh hahha aku ngeri gila time dia selit selit tu macam kepala lutut aku nak sagat kereta orang dah. Tssk. Pasni takleh makan sekali dah. Sad 😢


Minggu ni aku terima satu berita yang agak berat la bagi aku. Fakhirah, colleague aku yang korang boleh tengok dalam post yang lepas, dah resign. Sekarang kerja lagi atas dasar notis sebulan. Dia akan keja kat tempat baru Januari tahun depan. Sedih lah aku weh. Sebab dah lama keja dengan dia tup tup tak keja sekali dah. Dia macam adik aku sendiri dah, pape hal kitorang akan share sama-sama. Dia ada tanya aku pasal tempat baru ni sebelum pi interview hari tu. Patut ka dia pi try. Aku kata why not, peluang punya helokk kot sebab gaji tempat sekarang pun stagnant je, bonus takde, gaji tak naik berapa tahun dah termasuklah staff lagi lama dari dia (ie: aku). Bagi aku la, walaupun kontrak sekalipun, aku akan ambik keja tu kalau gaji lagi tinggi dari gaji terkini ni. That's how people upgrade their value. So she went for the interview kat tingkat atas kitorang ni jeww hahahah. And she got it a week later! Dasyat kan. Mungkin sebab dia dah keja bidang yang sama macam company baru ni, so dorang amik untuk kurangkan training teruk sangat.

Dalam sedih pun, aku happy sangat sebab ada perubahan yang baik dalam hidup dia. Semoga sentiasa maju ke depan member aku ni. Jangan perut maju jugak sebab stress keja shift sudah lah hahaha.



Workwise, minggu ni ada kemajuan sikit pasal hal intern. Aku dah train sikit sikit, tak boleh nak train banyak nanti dorang pening. Bila disuruh buat keja, dah start willing nak buat. That's a good sign. Aku tak boleh nak train sangat minggu ni jugak sebab sibuk gila, ada sekali je aku balik rumah sebelum 6 petang, yang lain semua 7 petang hahah nasib la takde anak suami kan. Kalo ada ni memang aku mengamuk lah kena keja extra time sebab tak boleh spend time dengan family. Yang sekarang pun aku rebel sikit weh sebab waktu terhad sangat dengan family aku I just cannot brain it. Untung jugak family aku paham keadaan aku, dan rumah dekat dengan ofis haha takyah aku hadap jem dan lagi banyak masa terbuang. Euu takleh laaa jem jem ni. Tak tahan.



LaCarbonara looks like this. Rasa cam restoran biasa je kan. Tapi makanan dia luar biasa bagi aku. Tak pernah tengok. Haha dasar noob abadi!


Dengan pinggan Intan yang 3/4 licin. Hahaha. Semua sedap guys. Will definitely come again and bring W here.


Never a dull moment when I'm with them. Proved.


2 pieces of cake for us while chatting away.


Semoga elok elok ja untuk mak-to-be ni.


Hari Khamis pulak, ada meeting jemah SKBG. Lepas dah postpone berapa kali, akhirnya! Kali ni Intan join, kasi meriah sikit and....why not kan Intan join. She's our friends afterall, altho from high school. We tried a new restaurant, Le Carbonara kat Arena Curve are SPICE ni. Takdelah baru sangat, dah lama dah pun restoran ni cuma kitorang takde kesempatan nak cuba sebelum ni. So malam Khamis tu aku ambik Sheri kat rumah mertua dia. Nak ambik dia pun mencabar weh sebab kawasan Bayan Lepas ni berubah dah jalannya sampai aku jadi konpius eh kenapa jalan ni jadi dua hala, sebelum ni sehala je. End up aku kena pusing U-turn sikit punya jauh hahha it was so crazy. Mereng kejap aku sampai kena masuk area airport pulak sebab salah jalan. Like...APE MASALAH KO NI YAM NAV SKILL TERUK GILA   =_____= '

Sesampai je kat restoran, terus cari Mon dan Intan. Amboi dorangggg dah order dah haaa takde pun calling calling ingatkan tak sampai lagi lah kan. Rupanya busy orderrrrr 😒 Bila tengok menu, ok takdelah banyak pun food dia offer, ada 3, 4 makanan je per menu page. Tapi positif dulu, review kata sedap makanan dorang so ok, aku pilih carbonara pasta sebab emm I'm a pastaholic hahah. Sheri ambik salmon, Intan dan Mon ambik ayam. Dalam 15 minit sembang, makanan pun sampai. Takdelah terasa lama sangat sebab yelah makciks gossipss kuat gila hahahahha macam bertahun tak jumpa eee over sangat. I tasted Intan's food before mine, it was delishhh. Then Sheri's, then Mon's, then mine. Hidup kena taktau malu merasa makanan orang ok. Hahaha. Basically, semua pun sedap cuma aku nak tekankan kat sini yang WEIII PASTA CARBONARA DIA SEDAP BAPAKKKK. Dalam banyak banyak carbonara, this is the best walaupun boleh upgrade sikit dengan tambah gravy. Kurang sangat haha takpe tetap sedap yamsssss. Price is affordable lagi bagi aku. Cuma kena minum ayaq kosong lah yang sesuai kalau taknak belanja lebih dari 30 ringgit. I will repeat again, with other friends pulak.

Lepas habis makan, kitorang beralih pulak ke Arang Coffee kat seberang kedai ni jeee. Sebab apa tau? Sebab nak lepak lama sikit since Arang tutup lambat. Aku beli dua kek crepe, share 4 orang. Cukup ah tuuu afterall kitorang dah makan dah pun cuma nak merasa pencuci mulut je. Choc crepe dorang sedap gila. Eh ke sedap sebab share ramai ramai? Haaaa gituhhh penuh perasaan nak makan kek je pong hahhaa. It was such a nice date. Rasa cam manusia balik dapat duduk sembang tukar cerita. Kalo tak cam robot okei. Pi keja balik keja tido then bangun, repeat. Huii. Thank you guys sebab mewarnai minggu ni. Eceh mewarnai tu tak tahannn 😁 





Kittens didn't want me. The adult ones didn't want me too. Kesepian~


Awwsssss rasa macam nak pijakkkkk karpet bergerak ni






Pentakut tapi gatai nak bergambar. Aku kalut, orang sebelah tu rilekssss je.


Semalam aku dengan Fakhirah pegi Cat Studio dekat area office kitorang. Aku excited gilaaaa sebab aku ni bukan cat person, at all. Tapi sebab nak try benda baru maka ku beranikan diri. Dengan harapan ada la kittens yang akan menyendeng mintak dibelai dimanja. Kan. Kah! Melawak sungguh. Non hado okei! Kecewa gila. Semua (read: SEMUA) kucing sini pemalas, gendut, kerek. Ada satu kucing putih ni, fuh handsome gila duduk je kat satu suduh dengan satu pose yang majestic lah konon kan. Macam dia lah boss segala kucing. Hamboi hamboi perangaiii. Ada lagi sekor yang kelabu kat gambar atas atas ni, lagi kerek. Muka penuh lemak, badan pun berlemak, perangai pun berlemak! Nak angkat, dia desir kat kita weh. Menyampah. Nasib baik gemuk comey. Aku maafkan.

Tapi nah tak datang dah tempat ni. It's kinda a waste of money, really hahha. Takpelah, for experience.



Cikgu Azmah, cikgu sains sekolah rendah aku dulu. Cikgu sains, cikgu BM dan maths hahaha. 3 kelas tuisyen dia aku pegi ko tahu! So aku sangat biasa dengan situasi rumahtangga dia haha. Selalu pegi kelas awal pagi, anak anak dia bangun dengan kusut masai. Kejar anak buat homework, memasak sambil mengajar, etc. Memacam lagi lah. Memang multitasker.


Anak kedua cikgu dah kahwin. Hari ni reception belah lelaki. Abang Nazmi ni crush aku dulu masa zaman pegi tuisyen mak dia, dan crush sekejap more than a year back. Buehehe. Dulu pepagi tercari cari dia lah dulu hahha rasa macam eh abang ni hensem nya tak mandi pagi pun hensenggg. Kah! Perangaiiii. Sekarang dia jadi pengadil bola sepak negeri kalau tak silap. Tak sangka dah kahwin dia haa. Semoga sukses selalu, dan selamat pengantin baru abang Nazmi!


Makan Ayu Mee Udang dekat Teluk Kumbar dengan family petang tadi. Sedap gilsssss kuah dia isskkk nak menangis rasa.





In another 2 weeks, W akan balik Penang. I cannot wait. Nak tumbuk tendang sebab gerrrrraaaam sangat. Bukan geram marah, geram manja, kata dia. Heeeeee.


Pss..I don't mean that you knowww I will save it for later 😀


No comments:

Post a Comment