Sunday, 25 February 2018

Staycation with Atiqah E.!


Ingat ko princess ke yam 🙄


Assalamualaikum.

Jumaat 23 Februari tu Atiqah E. datang Penang untuk jenjalan. Aku pun tak tau kenapa tetiba sangat tohhhh, katanya nak jumpa member yang ada sini. Ok takpe, aku take care hal hal penginapan dehh. Malam Jumaat tu dia sampai di airport, kitorang gerak ke Kapitan Setia Triangle sebab (i) dia nak makan beriyani, dan (ii) aku sendiri nak makan beriyani....walaupun mak aku dah tegah jangan makan nasik memalam gini hahahahhaha. Maaaaa 😂 Please, beriyani Kapitan doooooo sape boleh tolakkkk.

Esoknya Sabtu tu, aku pegi keja bawak dia ni sekali dan dia tunggu kat lobi sebelum Efa jemput dan bawak ke Taman Tun Sardon. Pompuan niii dia datang bukan dengan tangan kosong tau. Kat tangan ada list tempat tempat kena pegi dan makanan yang dia nak merasa sebab tak jumpa dah kat KL sana. Over angaddddd. Tapi takpe, kita tunaikan ehh. Lepas dah habis keja, aku terus pi pecel ibu Relau (seperti biasakkk) untuk kumpul semula dengan member member. Hari ni penuh kedai weh, kalau aku lambat sikit mesti merempat kitorang untuk entah berapa lama tu. Dah lah ada baby (anak si Efa) lagi, bahang cuaca lagi. Fuh baik sikit nasib tengah hari ni.


Terimalahhhhhhh.


Hi baaaaaby long time no seeeeee 😚





Selesai makan, kitorang terus gerak ke town untuk check-in apartment. Aku sebagai orang yang tokleh duduk tempat merepek repek ni, terjumpa satu apartment dekat area Tanjong Tokong. So farrrrrr tapi dekat sangat dengan tempat yang kitorang nak pegi (kalo takde jem lah kan). Boleh pegi Booking.com dan search The Landmark by Katana. Yang aku book haritu boleh dapat RM200.00/nite, lagi murah dari hotel yang sedia ada kat town tu weh yet the quality is almost the same. Takde room service je haa hahahah alaaaah toksah mengada sangat lahhh ape guna jenjalan kalau tak start kereta cari makan kan. Bilik kitorang tu sebenarnya dorang upgrade ke Premium room sebab ada kekosongan. Nak promote lettew. Nasib baik dah jatuh hati wehhh next time sape sape nak mari, aku nak promote. See? Free marketing!

Aku suka tempat ni pertamanya sebab agak secure. Ko takde kunci elektronik tu, ko even takleh masuk ruang tunggu lif. Security gate ada dua, sebelum masuk bangunan dan dekat ground floor satu. Dan of course, takleh naik atau turun lif kalau takde kunci tu jugak. Lepas tu tempatnya spacious terutamanya parking lot cuma nak cari parking kita kat level mana tu confusing sikit.


Uuuu tak rasa mewah keeeeeee




Dah siap check in dan bayar deposit, kitorang gerak pegi Wonderfood Museum Penang sebab Atiqah nak pi. Ekceli aku pun tak penah jejak kaki kat sini lagi so takpe, kita turutkan permintaan pelancong. Harga tiket RM15 per entry, buka sampai 6pm saje. Kitorang sampai tu pun dah 5.10 camtu nasib baik jalan tak berapa jem lagi waktu tu. Aku rasa museum ni menarik gila kalo ko nak tangkap gambar dan berhajat nak jadi IGer yang dapat likes beribu riban. Aku takde hajat sebegini so takde post ape ape pun hahahha.


Ko hado tarik teh panjang gitu? Hado goreng mee terbang gitu? 😆


Member haku semangat sangat mengipas tuhhh


Tak makan pun laksa tapi nampak cam sedepss pulakss


Nasi kandar for lyfe




Kebetulan ada pesta belon udara minggu ni so kitorang redah jem dalam bandar tu nak dekat satu jam untuk naik belon 5-6 minit hahaha. Harga tu memang kurang waras sikit ahhhh, ada ke bagi tambang naik 5-6 minit tu RM50. Kalo anak beranak 4 orang, dah dapat RM200 weiii ni bisnes memang untung gila. Aku memula cam berat sikit tapi memandangkan aku sendiri pun tak penah naik belon, takpelah spent for experience. Pasni tak naik dahh dan tak nak pi dah aku rasa tak berapa berbaloi nak stuck lelama dalam jem


Then pegi Avatar Secret Garden dekat Tanjong Tokong. 3 minit drive je weii dari hotel hmmm dekat gila sebab tu pi sini last sekali. Nak masuk tu masyaAllah sesak gila, parking pulak sempit. Dannnn paling takleh belah nak parking obviously kena caj, nak masuk ke area temple tu kena caj lagi. Ni suma orang kampung tu sendiri yang jaga so memang takleh nak kata apa lah. Lepas dah sampai tempatnya, kitorang cam...leh, ni je ke hahah. Takde lah menarik sangat pun, takde dalam list pun takpe tapi sokay, Atiqah nak pi tengok so kita turuti. At least orang tanya nanti "Eyy hang dah pi tak Avatar tu", boleh lah dia kata dah hahah. Gituh konsep aku. Heheh




Esoknya hari Atiqah E. nak balik KL, sempat lunch dengan Wani sekali dekat kedai mamak. Saje tutup jerawat yang besar semedang kat dagu tu hahhahahaha.


Overall, the staycation was so so good. Stress-free (except for the traffic, duh), full of joy..and food, and experience! Next time nak staycation lagi! Sape lagi nak visit Penang, roger meeee!! ><


Psss...applicable for girls only :p


No comments:

Post a Comment