Wednesday, 28 February 2018

W9


Sweet 27



Assalamualaikum and nyuhuuu.

Bersiaran untuk bulan kedua tahun 2018 ni yeayyy Alhamdulillah boleh blogging lagi. Walaupun hari hariku sangat lah busy, weekend pun busy dengan nak run errand lah, cari tempat nak jahit baju raya lah, ape lah. Memacam lagi lah haa. Tapi aku seronok sebab takdelah nak melangut mereput kat rumah taktau nak buat ape kan.

Ah. Ada berita gembira uolsssss. Azuani dah melepasi first trimester woot woot. So fast girl hahaha but Alhamdulillah, I'm happy for youuuu. Nak dapat anak menakan lagi woiiii tashabarrrr.



Baby proudly showing me how to roll cig. Dengan mata aku sekali roll haahhahaha eeeeeh apeni semangat sangat ni! Geh-ram!



Awal bulan haritu W balik Penang sebab ada company family day. Kerlassss buat kat Langkawi haaa. Then dia balik ke Penang semula, aku galas tugas bakal istewii (mihmih >.<) untuk hantar dia pegi airport. I LOVE DRIVING HIM TO THE AIRPORTTTT. And send him off at the gate. So aku jemput dia, pastu kitorang gerak pegi town kejap sebab dia nak ambik barang, then spend time kejap kat Starbucks Persiaran Karpal Singh. That day, aku first time terbau asap rokok kat dia. Hahhh ape lagi aku sound lah hahahhahaha. He knows I don't like it. Tapi takdelah aku sound apa, aku tanya jelew. Tanya ape natijahnya hisap rokok ni wtf sangat soalan kan hahaha. Aku ni jenis curious sangat pasal rokok/vape, nak tahu ape yang sedap tu. Dia cakap nikmat (cuma mampu rolled eyes je dengan statement itew). We had a little, useless fight hahah aku suruh dia bagi aku try. Obviously dia tak bagi (kalau bagi memang aku hampukk). My little hope is that he will stop smoking soon, atas kerelaan sendiri. Dalam proses tu aku bebel lah sikit khen bagi cepat berhenti hehe. Tak bebel kalu tak jalan ahhhh.

So funny lah that day I can't even. The funny part? Rahsia bohhhh 😉😜





"Gals, where your eyes at?"


Pi Kapitan sebab Queensbay sesak gila haaha tulaahh takde musibah cari musibahhhh. Ateii. So takde pilihan kena masuk Bayan Baru semula dan cari ape ape kedai yang bukak. So datanglah kami ke Kapitan kat tepi Hotel Sri Malaysia tu. Arrrrrrrr. Nak marah sangat. Ni kapitan paling tak sedap aku penah makan aku pun tak faham kenapa beza sangat dengan Kapitan kat Setia Triangle  dan Queensbay. Kat Setia, kambing dia bagi 2 ketul yang besar, bukan kecik kecik. Nasi sini pun kureng berempah, not up to par. Memang takkan mai dah pasni hahha sorila.









Bulan ni jugak bulan last Farah keja kat YH. Aku cam sedih gak la, semua orang dah chow. Tinggallah aku sensorang takde geng. Tulah orang kata, dah rezeki dia di tempat lain, tempat tu better dari YH. Company competitor gak haah sian YH pekerja sampai lari pegi competitor iskkk. So hari last Farah kerja tu aku ajak dorang pegi Secret Recipe, iols belanja. Kebetulan jugak hari tu jatuhnya birthday aku wheee. Aku ni jenis sayang kat orang cepat sangat. Senang nak attached kalo ngam dengan personaliti dan kepala angin aku. Tu sayang kat dorang semua ni, termasuklah intern aku walaupun memula dorang masuk tu buat aku hangin juge lah hahah.



Pi jenguk dak kecik niiii. Uiii besaq dah anak hang noh Sheri, rasa tatsat haritu tengok kecik tapak tangan aku je hmmm. Kay over hahahha eh tapi betul la rasa cepat sangat besar. Aku rasa setakat ni lah kan, boy si Sheri ni lah yang paling hensem dari bayi aihhh rasa geram nak cubit. Takpa sat awak dah besaq kita main soccer sama sama okeyy. Or..dengan uncle W hhaahahah cikyam prefer jadi pompom gal 😁


Belanja family birthday dinner malam tu sempena birthday dan dapat kerja baru. Biasanya orang yang belanja birthday girl/boy tapi aku rasa takpelah, buat kelainan sikit beberapa tahun ni. Ni kali ketiga rasanya aku teruskan tradisi belanja orang. It's nice seeing my family as a whole. Bila lagi khen nak kumpul ramey ramey camni. Eh tapi sakit jiwa jugak adik adik aku ni banyak sungguh kerenah. Kecoh weh restoran tu hahah gelak cam hapa lahhhhhh


Mecarah lanje kekkkkk wihuu!








Start bulan ni, aku mula plan diet. Haa orang berat (😂) kena laaa diet, ada kenduri tengah bulan nak lew pakai cecantik dan lain dari selalu. Plus, itew bawak W sekaliii uuu first time ni pegi event dengan dia.  I izz excited angaddd.

Ada jugak good news yang lain (selain diet. Bahaa). AKU DAPAT KERJA BARU! Alhamdulillah sangat sangat tak terjangkau dek akal ni akan dapat kerja lain lepas sekian lama mencari. Rasanya dah 3 tahun tauu hahahahah usaha, niat dan yakin pada rezeki Allah tu penting ye. Sekarang belum masuk keja lagi lah, kena bagi notis sebulan. Aku ada dalam 1 minggu lagi sebelum berhenti. But sokay! I'm happy that I get to leave Yeahhost! Dapat jugak aku reveal nama company aku kan. Saje lah tak reveal sebelum ni sebab aku keja lagi kat sini kang ada pulak orang gi telefon ofis saja nak kacau dan buang masa aku. Bukan tak pernah berlaku kannnnn.



Dok telek kat teloq penyu tu hahah. Tetiba dia cakap nak try, haa beli la bangg satu biji RM5 fuh mahai gila. Tapi bila lagi nak try makanan pelik pelik yang tak besa dapat kat KL tu kan. So dia beli satu, suruh aku simpan dan tatang seperti minyak yang penuh sampai balik Penang. Aku. Sakit. Jiwa. Jaga sungguh takmau bagi pecah hahah ko ingat tak renyah bang? Sudah lah kecik halusss je telur dia aku pun naik seram takut terlenyek dengan purse gedabak aku ni. Beg pulak banyak barang, maklumlah balik kampong sehelai sepinggang bawak handbag je hahahah gampang sungguh. Takpe takpe demi awaaaaa takpe saya tatang teloq penyu awaaaa yeeeee simpan dalam tempat khas lagi dalam beg ni yee.


My baby and I 💕



Hari pertama CNY aku bawak W balik kampung aku untuk perkenalkan dekat mek (nenek). First time ni aku fly dengan orang lain selain family members, serius! Terasa sweet sekejap, kejap jelahh aku pun tak pandai nak feeling feeling lebih kang aku menyampah kat diri sendiri ahakss :P  Kitorang pegi balik hari sebab tak cukup masa dan takde waktu cuti lain yang sesuai so CNY it is. Aku pegi KB dari Penang, W pulak dari KL. Sebabkan flight dia awal sikit dari flight aku, dia tunggu aku kejap. Kitorang kena survive sendiri sebab adik aku takda. Ada dalam setengah jam jugak tunggu kereta sewa nak kunjung tiba tu hmmm kalo tak sebab desperate perlu kereta, memang dah mengamuk jugak aku. Nasib baik kereta semua baru, yang penting jugak dia auto hehehhe. So I offered to drive walaupun emm tak tahu jalan hahahha. Pelis. Berapa kali dah balik kampung pun tak boleh ingat jalan I iz confuse sangat weh jalan kat situ. Ponnnn sesat jugak tskk. Lepas 40 minit selamat sampai rumah mek. Fuh disambut mesra uols. Not me, HIM. Aku sungguh lah tak mengerti sampai terpinga pinga aku, tertanya eh tokcu aku ni taknak salam aku dulu ke. Ni tak, terus cari W dulu hahaha aku rasa lucu sungguh lah weh. Jadi rebutan uols!

Sesampai je terus kitorang masuk rumah dan breakfast. Memacam lah lauk terhidang macam biasa. Mek aku siap tempah ayam kuzi okei semangat sangat nak sambut cucu-in-law-the-making. W tak penah rasa ayam kuzi so macam proud jugak disitu dapat kenalkan makanan belah pantai timur kat dia. Doesn't happen everydayy. Lepas aku make sure dia kenyang (bruh, tiga kali tambah dooo), kitorang (tumpang cousin) gerak pegi hospital ziarah paklong dengan nenek sedara aku. Sedih sangat tengok nenek sedara aku sampai dia tak kenal aku langsung. Dulu boleh lah cam sikit cuma tak ingat aku anak sape. Tapi takpelah, sekarang dia beransur pulih dan harap boleh balik rumah tak lama lagi.

Lepas beli barang kat pasar Siti Khadijah, aku dengan cousin tunggu yang lelaki pegi solat Jumaat jap sambil jamu mata kat. WE SPENT HUNDREDS THERE HAHAHAHAHA GILA AH MARYAMMM KO BALIK NAIK FLIGHT TAUUUUUU COUSIN KAU TU TAKPE DIA NAIK KERETA!!! Sheeesh *roll eyes...to muh self*  Aku kirimkan cousin aku beberapa plastik (jew) sebab banyak benda lain lagi penting nak bawak balik sepertinya kepok lekor hehe. Touchdown je kat PIA, aku terus jadi lembik longlai rasa nak cangkuk diri ni kat beg W biar dia seret aku ohoho. Camtulah penat yang kitorang rasa sebab balik kampung tak sampai sehari pun dan jadual pun pack gila.  Nevertheless, I'm happy. He's happy (to my eyes, he was), my grandma pun happy sebab akhirnya jumpa jugak W ni. Balik rumah, washed up, cerita itu ini dengan parents aku, terus tido.



Sempena birthday month, Hermo kasi diskonnn. Yeayy. Ape lagi haruslah merembatt ><



I can fairly say that February is a good month for me. Alhamdulillah syukur sangat Allah bagi semua ni pada aku. Selamat sambut tahun ke 27 menikmati kehidupan ye Yam. Ko tabah tabah aje hadapi hari hari ko yang mendatang tu dan enjoy the roller coaster ride. Or like the 6-hours ride to KB. Nauseous but worth it bahaa 😂




No comments:

Post a Comment