Wednesday, 7 March 2018

I Resign

Assalamualaikum.

Macam yang korang tau, aku dah berhenti kerja di Yeahhost. Sekarang pun still ada ni kat ofis tapi sebab nak habiskan notis jelah kan. Harini hari terakhir untuk aku habiskan sisa hidup kat sini yeayyyy tak sabar sangat nak angkut barang dan chow. Ni pun dah kemas sikit sikit emm tapi still banyak barang hahahahha dasar hoarder!!


Squad



Okay, aku try untuk tak ikut emosi lah ok untuk post ni. Proses berhenti keja ni agak berharga lah sebab yelah pertama kali nak resign selama aku start keja lepas grad tahun 2014 dulu. Weh...4 tahun ko tahan sini Yam, please tepuk tangan sendiri haha *balik nak belanja diri kek Secret Recipe*   Bagi aku Yeahhost ni bagi satu pengalaman yang berharga. Diorang shape aku jadi aku yang sekarang: matang (sikit), emm kedut (banyak), bentuk peribadi aku dalam 30% mungkin. Jugak kenalkan aku dengan orang orang yang baru sebab let's get this, I'm just not friendly in nature and if it is not becoz of my need to work to pay for bills, I will only stick to my friends from primary/high school and university.

Sad case haha.

Ada banyak sangat hal berkaitan dengan resignation aku yang berlaku. First, hal tak cukup notis yang sebenarnya salah aku la haha ok ok aku admit. Memang tak boleh bagi cukup sebab company baru lambat bagi keputusan. Yang kedua, hal training staff baru yang akan ganti aku. Teruk jugak nak kejar train dia buat semua yang aku penah buat dalam masa 3 minggu. Company ingat staff baru boleh nak faham semua benda la kan dalam masa yang singkat tapi tak boleh weiii it was too soon. Dia pun cam pening pening kejap buat tu kejap buat ni. Lalu aku terfikir...how did I manage to do all these things? Kalau tanya company hosting yang lain, setiap job yang aku buat ada bahagian khas akan manage. Macam billing, ada department dia. Sales, ada department dia. But I have been doing all alone. Kira I'm one tough gal. Kekekeke. Masuk bakul angkat sendiri weii tapi realiti niii > <

Pastu ada hal pembayaran gaji pulak, like boss aku reluctant nak bayar full untuk Februari. Dia ada la persoalkan jugak sebab notis aku tak cukup. Aku tak kisahhh kalo dorang taknak bayar aku report Jabatan Tenaga Kerja je terus. Sebab aku rasa layak sangat dapat gaji full. Taknak bayar March, boleh terima lagi. Pastu ada jugak dorang bagi cadangan untuk aku stay sampai Sabtu March 10 (last day aku March 7, Rabu)  kalau staff baru tak up to par. Haha. Wehhhh. Marah jugak aku lepas dengar tu. Rujuk JKT jugak pasal hal ni dan Angela dari JTK cakap salah sebab sebelum ni takde mention lepas hantar surat resign dan takde written agreement jugak pasal ni. Aku ikut jeleew ape yang dia nasihatkan tu: takyah keja extra. Aku laaaagi gembira weh hehehe.

Tapi tulah, baru aku tahu company akan buat ape saje untuk tahan ko dari dapat gaji or keluar company dengan GEMBIRA. Ada ada jelah dorang akan bangkitkan nanti. Aku faham main reason dia untuk lindungi hak dia sebagai employer, tapi dia kena ingat, employee pun ada hak sendiri dan dorang takleh kurangkan satu apa pun. Terima kasih JTK, sebab ada untuk lindungi pekerja swasta jugak! Aku belajar jugak hal hal hak pekerja ni kalau bukan sebab Yeahhost. Korang boleh download akta dekat website.

ALWAYS STAND FOR OURSELVES OK! Kalau bukan kita, sapa lagi en.


Anyway for Yeahhost, thank you for all these years. Ada suka, tapi banyak lagi duka la hahaha. Aku bergaduh dengan ex aku kat sini (sampai selalu sangat ponteng keja, ish teruk kau dulu kan Yam 😏), buat keja sampai sakit sakit, balik lewat 89% of the month dan kurang sangat masa dengan family aku sampai lah harini, kurang dihargai segala hardwork aku tu, eh macam macam lagi lah. Dalam duka, ada suka jugak. Aku suka keja dia yang bukan commission-based, kalau takkkk ada jugak aku mengamuk hari hari hahaha. Tertekan weh keja camtu aku memang tak sanggup nak masuk line sales, sorry ahh. Pastu aku suka colleagues aku. Bukan semua ya, yang muda muda je. Entah dorang macam bagi satu energy tau untuk aku teruskan hidup kat sini. Aku stick sini bertahun tahun pun ada jugak sebab dorang semua. Tapi tulah, sampai bila kan gaji aku nak camtu je. Kalau nak bagi gaji naik (RM100 jeww), kena sain kontrak pulak. So sudah lah, dari situ aku bagitahu diri aku, Yam you have to get out regardless what. Alhamdulillah I had a new job, ada possibility keja baru tu lagi teruk beban dia tapi aku sanggup cuba. Takpe kalau dah camtu tertulis rezeki aku.

Dengan ini, maka official lah aku bukan lagi staff Yeahhost. I wish you no ill and hope you can strive to still exist in this industry.

ADIOS 😊


No comments:

Post a Comment