Sunday, 8 April 2018

W14: Fourth Week


Acah je teww pompuan teww 😆 





Assalamualaikum.

Minggu ketiga hidup di company baru ni agak seronok. The whole week tu khas untuk training saja. Kitorang berdua jeeee fuh bayangkan all the attention yang kitorang dapat. Ko tengok aku, aku tengok ko. Hahahha. Lebih sikit tumpuan trainer boleh bagi kat kitorang budak baru ni, dan aku pun happy sebab tak kena masuk training sensorang. Kang krik krik pulakss. Tapi budak yang masuk lewat seminggu dari aku tu pun macam nak blah dah. Nak pegi Intel pulak dahhh. Bertuah sangat. Tu ponnnn dah pandai demand gaji tinggi dengan Intel padahal keja kat sini baru 2 minggu kan. Aku kutuk dalam hati je hahah bebudak sekarang ni kan demand tak padan dengan pengalaman tau.

Masa trainig session yang ketiga iaitu soft skill (seharian buat soft skill ok rasa tensi sampai ke tulang), ni la sesi paling aku suka dan tak suka. Entah kenapa. Aku baru perasan skill sosial aku dengan strangers cam lemah gila, so camna nak angkat call cakap dengan customer dari US ni. United States of America ok, bukan Malaysia malii. Pengsan jap. Kalo sembang biasa boleh ah. Tapi ni sembang bisnes dooo. Seriau gak aku. Ada trainer tu buat sesi cakap telefon, dia customer, aku agent. Then masuk situasi dia marah sebab tak dapat barang. Aku cam..ah sudahh nak cakap apa ni. Makanya ape lagi, gagap lah aku. Aku kalo cuak memang gagap weh, cold sweat apa semua. Hahahha. Tak seswai langsung ko jadi customer service kat call center yam ooi. Tapi takpalah, I know lama lama nanti akan ok. Kat Yeahhost dulu pun sama lah situasinya, sampai rasa takmo angkat call dalam 3 bulan pertama tu (time tu aku intern lagi), then dah lama sikit baru start warm up. Lama ennn 3 bulan baru nak warm up hahahhaa.

Anyyywayy aku dah melepasi minggu keempat, genap sebulan dah dekat company ni. Setakat ni aku rasa sangat happy (walaupun hakikatnya hidup tunggang langgang sikit hahahaha. Timing tido punya pasal lahh). Kawan kawan baru semua baik dan helpful. Ni belum masuk queue boleh lah nak kata en hahaha. Kang dah start angkat call baru tahu langit tinggi rendah kan. Aku rasa lah hahahahahaha. Negatif awal awal pun, buat down je so takpe aku positif je dulu setakat mampu. I am also more open to these people, takdelah transparent sangat cuma I mingle as friendly as I can, dan of course let them know that I have someone. Hahaha. Penting ye anak anak, sebab kita takmau jadi apa apa yang tak baik macam dalam drama tu. Walaupun aku tau HAMPIR semua lelaki kat situ dah kahwin. Seriously these people are a lot older than me.

So next week mungkin dah kena start angkat call, hope all will be good. Doakan aku gais!


Bilik meeting team tech. Amboi berlampu bagai. Kita non tech takdak hapaa pon, ada lampu biasa ja hahhahaa


Eyyy bebiboyyyyyyy why so kawaii? Haa kawan kawan jangan terpedaya hahaha ni mood dok baik lagi. Mai mood tak berapa baik, cranky sampai mak dia susah nak beli lipstick haaa. Nasib la ada cityam angkut sana sini tolak stroller sana sini tunjuk lipstick sana sini. Sampai pondan Sephora tu pun penat tengok aku jalan hulu hilir hahaha. Basah ketiak aku weii jangan memainn. Aku ni memang ada masalah dengan bayi kot asyik nak basah keti ajew asal mengasuh tu 😂 Tapi berbaloi ah jaga budak ni. Comey angadddd aku gerammmmm nak kidnappppp!


Malas nak gebang je sebab cam boleh annoy orang sekeliling pulak so gebang shikitttt je kat instagram buehehe. So let me tell you yang company aku pun cool jugak. Dalam tiga minggu ni saja, ada tiket wayang free dari TGV yang valid sampai jun, ada makan makan sesh dekat Seoul Garden (patutnya movie day out tapi tak dapat sambutan sebab orang nak tido pada Isnin tersebutttt hahaa). Then ada game sempena Easter, ada sesi derma darah, jual barangan kesihatan, hiking dekat Taman Negara pulau ni, dan lain-lain yang maybe aku tak tahu. Tulah, ingat ko soranggggg. Company aku pun daebak ahh 😏


Best lunch at 1AM ever made by Yam. Roti, sliced meat, telur. Paling sedap paling kenyang. Err mungkin kena ada lagi satu halved roti kut baru puassss hahahahaha. But this is good enough, takdelah asik nak makan nasi je kan. Gemok jugak nanti. Ermm. Psss..colleague aku cakap bengkung sajat tu berkualiti. Aku cam wow dia ni lelaki tapi boleh cakap benda benda begitu hahaha. Baik! Aku ku cuba! 😂😂😂


No comments:

Post a Comment