Saturday, 14 April 2018

W15: The Worst






Assalamualaikum.

I had the WORST working experience this week, so far. Lemme tell you why.


First, all the mengantuk because of working at night has FINALLY taken a toll on me.  Tulah ko dok fine fine sangat kan. Tido pukul 5 atau 6 pagi, bangun pukul 3pm paling lewat pun. Tido siang tu takdelah bagus pun hahaha rasa cam eh aku kat mana ni, siapa angkat aku masuk bilik, eh aku dah mandi ke belum, eh harini hari apa. Hahahahha. Bingung lah. Tapi nak buat macam mana kan, gitu lah lumrah kerja malam. The sweet thing is, dapat lah RM18/malam sebagai elaun tapi entah berbaloi ke tidak dah kalo camni gayanya. We will see how it goes nanti.

Itu hal berkaitan biologi, badan aku tengah nak adjust dengan situasi ni. Ada lagi isu lain iaitu isu kerja. Ermm berat mata memandang, berat lagi bahu aku ni nak pikul. Minggu ni aku dah mula angkat call, bermula kerjaya aku sebagai call center agent. Seriously nama tu hodoh sangat hahah macam ko keja lopek lopek je. Ok lah aku pakai customer service agent sebagai bahasa berbunga sikit khen. Jujur lah aku cakap, susah gila keja camni kalo ko jenis manusia introvert cam aku hahaha. Aku ni peramah orangnya (for real okeii), first week dah boleh sembang biasa dengan teammates so kira peramah level 20 lah kan. Tapi kan bila kena cakap dengan customer minggu ni, aku rasa macam nak luruh jantung ko tahu! Rasa macam eeeeh aku nak cakap tapi tak tercakap, ended up aku stutter sikit hahahhaa. Stutter tu tak elok ye lagi lagi kalo ko keja customer service. Tak convincing. Lagi pulak aku takut dengan customer US ni. Cakap derassss, aku taktau dia ni marah ke, memang suara dia gitu ke, sebab dia penah masuk army ke so suara dia tegas. Entah. Hahaha. Dapat customer gini, memulas perut aku on the spot. Tu second day angkat call, dapat semua gini. Nasib baik angkat dua call je haha.

Hari kedua tu minggu ni pulak suck gila time angkat call. Walaupun dua sajiaa hahahaha. Dengan takde colleague senior kat sebelah untuk bantu, aku rasa macam wow I am all alone in this cruel world. Aku salah, aku tanggung. Aku taktahu ape ape, aku tanggung. Manager duduk meja tepi aku tu je tapi bukan lah dia boleh setiap masa nak ada dengan aku kan. Kat sini aku dah rasa macam halamakk apsal aku pilih keja ni. I know, oddow gila sekarang baru menyesal hahaha. Jangan memain, down dia sampai buat aku rasa tak yakin nak pick up call lagi, rasa useless, rasa lembap, rasa macam tak reti nak adapt. Sampaikan aku google cara nak jadi agen call center yang bagus. Haaa ko ghaseeeee TT

TETAPI! Masuk hari ketiga iaitu Rabu, Marmie (manager) suruh kitorang angkat sebanyak yang mungkin. Ko ghase? Aku nak amik call banyak tak? HAHAHAHA MEMANG TAK AHHHH. Trick dia kat sini adalah untuk buat status sebagai 'Project Work' sebanyak yang boleh. Lagipun memang perlu pun, kes dok ada berlambak lambak. Tensi aku. Tapi takleh kalah ah colleague aku tu. Masuk ofis je terus Project Work, aku bengang gak ah amboi banyak cantik ko. Oh ye benda kecik camni memang boleh jadi isu tau. Aku tak tau kenapa dia macam jadi isu sensitif. Sebab kalo orang lain asik relaks je, kita yang kena dok angkat call takde kesudahan. Then tak puas hati, pegi ngadu kat manager. Then bergaduh. Emmmm.  Tulah, aku baru paham environment call center memang camni. Scary sikit ha.

Anyhoo, I survived for the whole 5 days yay! Satu pencapaian yang memberangsangkan yam! Kipidap! Dongibap! Minggu depan kita gi tengok wayang kayyyyy 😁


Ambui ambui Nazzzzz


Hari Khamis lepas ada sesi henna dekat ofis. Time tengah malam, ko bayangkan pelukis tu punya mengantuk hahahha. Kitorang takpeee dah biasaaa. Kesian dorang. Tapi dorang lukis cantik gila. Aku siap request nak paling simple, nak bunga, nak meleret leret maka akhirnya jadilah seperti ini. She's good! Anyway bukan sesi free ye, RM10 sebelah tangan hahaha. Tehdia tehdia. Takpalah sebab ni untuk charity, so sokay. Colleagues aku ramai pegi buat, siap buat kat bahu bagai haa. Lelaki pun sama naikkkkk. It's kinda fun to have this kind of thing once in a while. Takyah nak hadap laptop kejap mihmihhh. Btw, hari Jumaat pagi tu patutnya aku balik 5am, tapi terpaksa balik 7.15am sebab TERPAKZAAAA overtime banyak sangat keja yang aku tak pandai buat sensorang. Aih. Ni dah second time balik cerah cerah camni, I tell you it's so tiringggg TT



Pastu harini, intern tempat keja lama aku ajak pegi lunch dekat Seoul Garden. Aku memang dok teringin lamaa dah cuma takda geng hahahah. Kebetulan sangat ni. Anyway dorang ajak lunch sempena hari tamat internship kat Yeahhost. Aku cam...aaaah akhirnya belah jugak budak budak ni dari situ. Aku kalau boleh taknak ada sapa sapa yang aku kenal duduk situ hahaha sebab kesian ah gaji tak memberangsangkan. Nasib baik dorang ni tak macam aku, continue dari internship sebagai pekerja tetap. Mungkin cerah sikit kot masa depan kalau camni HAHAHHA. Ape ape pun, terima kasih jadi intern iols yang baik antara yang baik (intern aku baik baik belaka kayy). Terima kasih sebab bagi peluang jadi SV korang dan ajar entah amende entah hahaha nasib korang lahhh nak present Selasa depan niii 😂 Akhir kata, goodluck untuk semua orang kat sini. Yeayy!


Baris aku tu semua mantan, baris sana tu semua masih kerja di Yeahhost. Produk Yeahhost lah pokoknya.








Paling susah nak suruh si budak cina ni tangkap gambar sekali hahahahah. Aku cakap dah nak balik baru ko nak amek gambar kan Foong! Chaiit 😂


Tahniah noh gorlzzzz. Cari keja cepat cepat boleh keluar melepak nantiiiii.



No comments:

Post a Comment