Saturday, 5 May 2018

New Phase: Fiancee

SHOCKING REVELATION AHEAD



(I will do the post in one shot. Panjang pun, panjang pi laaa)


Meet my sepet :)



Assalamualaikum!


Ok takdelah shocking apa punnnn. Saja over hehe. Anyway, I got engaged on September 9, 2017. Happily engaged. Alhamdulillah over and over again.




Aku sejujurnya tak pernah expect nak tunang dalam waktu yang singkat ni. Yelah baru kenal kan (kira baru la kenal Januari tahun 2017, tunang pulak bulan 9 dalam tahun yang sama). Tapi disebabkan orang tua kitorang nyatakan hasrat tu, dan kitorang sendiri rasa okei why not proceed ke langkah seterusnya sebab nak hidup bersama, maka ada laa post ni hahah.

Semua perancangan tunang ni parents kitorang yang plan. Emm, ekceli mak mak yang plan. Bapak bapak memang tak masuk campur. Hahah understood! Kitorang yang anak-anak ni ikut aje, dari A sampai Z. Macam tarikh, pakaian, nak jemput siapa ke majlis kecik kitorang ni. We didn't even know the date! Tup tup balik keja tu dapat tahu tarikh pertunangan. Bincang dengan kita pun takkk isskkk mother kita niiii TT  Eh tapi aku rasa ok je sebenarnya, tu yang terbaik kut. Asal dia happy sudah lah kan. Mak happy kita pun happy ye dak.

Only the ring was chosen by us. No, me. Heee. I got the most beautiful ring ever for my big day. Tinkiyu sayang lanje cincin ihikkhik ukeee angaddd 😆

Talk about the ring, it was so special for me. Ni cincin kedua dalam hidup aku. Cincin pertama pemberian mak aku masa kecik dulu, yang dah tercampak ke mana dah tu sebab tak muat lalu dilupakan. Ko tahu lah kecik kecik perangai cam hapaaa. So sebagai cincin kedua, aku betul betul hargai sebab ini pemberian tunang aku sendiri, hasil titik peluh dia. When I see the ring, I see his hard work and passion: he definitely give it all when he works, mesej kita pun jarang sekali tauuuu. Emmm plus he looks 5 years older after paying for it ahahha I just can't 😂😂 So memang aku tak cabut cincin ni sampai ke sudah.



8/9/2017

Hari ni aku masih kerja. Terpaksa. Sebab tak banyak cuti annual yang tinggal padan ukeeee. Parents aku decide untuk tak kerja hari ni sebab nak setel hal khemah dan rumah. Aku kerja pun hati dok teringat ape laa yang family aku dok buat sekarang kan. Mesti letih. Haila. Lain kali ada majlis penting memang aku akan cuti sehari sebelumnya so that I can help.

Lepas kerja, pegi ambik W kejap kat airport. He arrived pretty late, aku dah risau dah call tak dapat dapat. Dah la cuaca pun tak berapa ok. Tskkk. Lama sikit tu, dia pun sampai. Eh eh makin hensem pulak mamat ni. Eh eh makin muda pulak dia, aku TERrasa tak puas hati ahaha. Tapi cair sikit (tipu, banyyyyaaaakk) sebab comel sangat. Ni ke tunang aku start esok ni, getus aku dalam hati. Uiseeyyy getus very the malayyy. Nevertheless, I was happy. My heart was too full with love by just seeing my ex boyfriend-starting-tomorrow smiled.

Pastu dari airpot terus pi Shariff nasi kandar. Deni laaaa nasik kandaq dia takmau tinggai 😒

I arrived pretty late tonight, about 8 plus, to a home which I barely recognized. Weiii lain weii. Kat luar dah taruk khemah semua, dalam pulak dah alih perabot, letak karpet dan kerusi upacara tunang. It was crazy. I went crazy. I could not believe that I was getting engaged tomorrow! Tapi fakta makin jelas menjelang tengah malam. Kena lah terima hakikat yedokk. Sedang elok aku siap solat Maghrib, Pak Lang (adik bapak aku) dan family sampai. Mak aku buat roasted chicken, dua ekor ayam rasanya. Cukup la untuk kitorang, Pak Lang dan satu lagi family siap ada leftover for the next day.

Self-note: Next time ada event yang kena panggil sedara mara, boleh buat roasted chicken dan nasi butter. Sangat jimatkan masa uolssss.


Lepas dah habis kemas dapur, iron shawl dan bersihkan diri, aku naik ke bilik dengan satu perasaan yang tak terbayang aku akan rasa. Slept pretty late walaupun plan nak tidoq awai. Rasa nervous dari ambik exam, tapi masih lagi boleh bawak berbincang haha kita orang pompuan kena selalu cool. I mean, tak pernah imagine yang aku akan jadi tunang orang. Berangan tu pernah lah tapi time tu tak rasa la akan jadi realiti kan. Ni sekarang dah jadi realiti, tak cayo pulakk hahaha masalah betul.

That night too before we went to sleep, I texted him telling how nervous I was. Sama la dia pun, ceh tak membantu langsung haha. Tapi kitorang yakin, semua akan berjalan lancar, InsyaAllah. Entah kenapa perasaannya begitu ya. Rasa tenang dan senang dalam nervous. I will not forget this feeling, ever.



Muka muka perut penuh ><






9/9/2017

Bangun subuh sepi'i, terus solat dan mandi, then main phone sambil tunggu MUA. First time ni hire MUA untuk mekap mekap. Biasa mekap sendiri je ada majlis penting sekalipun. Tapi sebab ni majlis yang besar untuk family, aku decide taknak mekap sendiri kang huduh pleaseee namo huduh huduh. MUA ni dari area pulau jugak so senang untuk dia mai rumah aku (psss yang penting takde caj pengangkutannnn). Sebelum mekap, dia mintak aku basuh muka dengan air ais. Fuh menggeletarrrrrrr. Then the process began, it was smooth-sailing. Aku syukur jugak muka ni takde parut teruk, ada la parut kecik kecik hohoho. Dia mekap kurang sejam je dah setel sebab takyah touch up teruk sangat. I requested for minimal makeup untuk majlis (as wanted by my mothaaa), sumpah dapat minimal hahahahha. ADA BAIK AKU MEKAP SENDIRIKKKK. Ada jugak aku mintak pakaikan shawl, last last lepas dia balik, aku buat balik sebab tak berkenan dengan stail dia hahah sorry Kak Anis!


Simple gila but hey I looked good.


Masa tengah touch up shawl, adik aku cakap rombongan dah sampai. Ah sudahhhh. Berdebor teruk weh! Tadi rilek je haaaa ko dah kenapa mekyammm. I waited in my room, with my sisters and cousin (and her children yang havoc itewww) sampailah mak aku naik bilik untuk jemput turun. Haaa engko nak berjemput jemput bagai. Hahahahha. Sambil turun tangga tu, Ya Tuhan nervous namatey. Tak terungkap perasaan waktu tu. Mak aku hantar sampai kat kerusi, and I was all alone there for like 5 minutes. ALL EYES WERE ON ME GUYS! I ALMOST HAD A MINI HEART ATTACK! Ah.... after 1 second scanning the living room, I saw W in front of me, hati jadi tenang balik. Eh apahal lagi hensem dari semalam ni? Looking younger too?! What sorcery is this???

Mabuk kepayang sudehh 😂

After 1 minute of not knowing what to do at the kerusi, my future mom in law came to me and put on the ring. That moment was the best one: I can see our future together. Make no sense kan, but make sense to me ahha.




Dalam pukul 1 petang, keluarga bakal mertua aku balik lepas dah selesai makan, beramah mesra dengan family aku, dan ambik gambar. Anak teruna nan sorang tu ditinggalkan hahahaha oloh shiannn yeee. Mak aku mintak dia stay kejap sebab ramai lagi member dia dan member aku yang tak sampai lagi waktu so dia pun ikutkan aje. Alalala. Comel sangat tuhhh.

Maka duduk lah dia kat rumah aku, mengasuh 2 babies, melangut tak tau nak buat apa, disoal siasat oleh sedara mara. Hahaha.

The event lasted till 3pm plus. My last friend who actually stayed till we cleared everything was Jessie. She and her sister, Joanne (also my youngest sister's friend), actually helped us to remove the table cloths, and kemas everything kat luar rumah. Hussaini and another of my first sister's friend, Amal, helped too. Very thankful to have these people, besides my own family.


Kebulor wei last makan pukul 8 pagiii


Dayummm babe. Makan pun handsome 🙈


My future brother in law and his waifu and son, si kentengggg! The other lady tu tak kenal pulak aisehh, tapi tahu tu relative W.


My parents banyak influence dalam satukan aku dan W. We met because of our parents (his and mine)


My cousin, banglong and his waifu. She's crazy, I like her


Uncles dan aunties.


Terharu sangat paklang aku datang sampai Penang. Fuh JB-Klang-Penang jauh okeii. Terima kasih paklang & family!


With families from my side (mama & abah)


Mah nuuuu familyyyyy.


Mah nuuu extended family. Extend banyak. Ramai gila hahah aku kena buat buku ni siapa anak siapa, siapa adik beradik siapa cuz honestly, I can't remember faces 😂


Ni lah paling sayang walaupun selalu buat sakit otak khen. Macehhh banyak tolong Along hariniii.


Geng Tersadai di Penang (GTP). Dulu lah. La ni 2 dah keluar. Thank you korang datang dari jauh (dan dekat :P)!


I love this picture. Complete dengan pasangan awwwww. Thank you all!


Missy dah sampai yass!


Kakak member, adik pun member


Maisarah and her friends. Amboi sangat yang baju merah tuuuuu 😁


Ayyub in the house!





Second day lepas bergelar tunangan orang, I feel like my life has become so different. I've gotten myself a new direction in life. Bukan lah kata sebelum ni takda direction kan hahah cuma semalam dapat satu lagi matlamat hidup yang baru. Nice feeling, serius. Tak tipu takut jugak hati ni terpesong tapi aku serah semua kat Tuhan, aku sedaya yang baik jaga diri sendiri.

To all of my relatives and friends who came and celebrate my new stage of life, thank you so so so much! Harap makanan semua sedap dan cukup, kalau ada terkurang mohon dihalalkan.







----------------------------------------------------------------------------------
Hey sayang,

Terima kasih sebab sudi ambil saya jadi tunang, dan seterusnya isteri awak. Tak deny kita ni takdelah kenal each other sangat pun, ada je something new about you everyday. Tapi takpe, I'm happy. I'm contented. There are so many things yet to be discovered and I just cannot wait to live with you. Semoga happy happy selalu kita berdua ni. Syukur semua dipermudahkan setakat ni, semoga niat kita untuk hidup bersama akan dipermudahkan lagi.


I love you.




Pss...just a gentle reminder for you, yang kita dah set nak lipat kain bergilir nanti :P
----------------------------------------------------------------------------------


No comments:

Post a Comment