Sunday, 2 September 2018

Life Changes

Well hello there :)


Assalamualaikum and hello there!

Sejak kahwin ni, hidup betul betul berubah 360 darjah. Mula mula tu yelah, dah tukar status kepada bini orang kan perangai kena helok sikit yedok. Pergaulan dijaga, takleh malas malas dah, kena selalu buat kerja rumah. Bukan macam masa single mingle dulu. Aku tak kisah part ni, boleh je nak merajinkan diri hahahhaa sebab nanti pun duduk berdua laki bini kat KL, aku jugak kena settle hal rumahtangga khen.

Satu skill yang aku tengah try nak improve ialah memasak tapi serius lah takde masa hahahhaha alasan khen. Mungkinnn la kena duduk dengan suami dulu baru rasa desperate kena masak sedap sedap. Mungkinnn la hahahahhaa.


Kemudian, salah satu perubahan besar yang lain ialah aku...dah berhenti kerja kat Zebra Technologies. Abruptly. Lepas bagi notis 24 jam okeii. Haaaaaa. Yang ni aku agak ralat sikit. Bukan apa, susah weh nak dapat kerja gaji tinggi camtu kat Penang ni, alih alih terpaksa berhenti pulak. Sedih jugak aku. Pasni takleh nak beli beli barang best, makan sedap sedap. I mean, boleh tapi kena jarangkan diri sebab aku dah takde income tetap dan harapkan simpanan sedia ada je. Nak berniaga, totally tak minat pulak. Makanya official lah aku penganggur kehormat lepas jadi bini orang, sapa sangka kan.

Sebenarnya aku amik langkah berhenti kerja ni, lepas discuss dengan keluarga, adalah sebab aku pregnant. Sebulan lepas kahwin, aku perasan yang period agak lewat. Mula tu ingatkan sebab hormon berubah lepas dah kahwin ni tapi rupanya aku pregnant oihh! Padanlah dok pening loya sakan kot la sebab selesema dengan batuk tak baik baik tu. Sape sangka cepat camni! Aku pun taktau nak cakap samada bersedia atau tak tapi the baby is already here so aku dan suami terima dengan hati yang terbuka walaupun jujur aku cakap, aku bimbang dengan masa depan baby ni memandangkan aku ni sudahlah menganggur, camna nak bagi kemudahan yang cukup untuk baby kan. Tapi suami aku selalu cakap, jangan gusar. Rezeki tu sentiasa ada. Baby ni sendiri pun rezeki untuk kami suami isteri. Aku redha bila dia cakap camtu hahaha, maka dah tak overthink dah lepas tu. Fikir sikit sikit dah ler kan.

So....yeah. Just enjoying my life sebagai bakal ibu dan penganggur. Berubah 360 darjah kan?



No comments:

Post a Comment