Potato Gratin

by - January 29, 2019

Assalamualaikum uolssss.

Harini tak berapa sempat nak masak masakan meleissss sebab emm mangkit lambat jugak pagi tadi, lepas tu pi pasar sekejap, pastu pi Jaya Grocer nak beli daging cincang, pastu petang pukul 2 pulak ada appointment kat klinik kesihatan. Haaaa busy uols memang malas dah nak beriya. So aku decide masak western memandangkan western laaaa paling senang nak masak, tak payah nak tumis bagai haaaa.

Menu hari ni, adalah potato gratin. Aku mula tak tau la apa benda potato gratin ni bahaaa. Tapi tekak dan mata ni terasa dan ternampak nampak menu berasaskan kentang aje. So aku google, dapat lah idea nak masak gratin. Kat Jaya, aku beli potato dari US ada dalam 7 biji sekantung dan mozarella. Pastu aku ni dari dulu nak bake something dalam microwave oven yang laki aku dapat masa kahwin. Renyah weh oven tu. Takleh pakai bekas sebarangan, even takleh pakai bekas metal yang orang pakai buat cake tu. Kelmarin aku beli bekas ceramic kat daiso yang tahan oven heat, aaaaaa ape lagi excited la aku nak masak masakkkk.





Bahan-bahan (white sauce/sos putih):
Butter - 3 sudu besar
4 biji kentang (kalau kentang kecik & bekas kecik)
Cheddar cheese - 3 keping
Mozarella - 2 sudu besar
Susu - 1 1/2 gelas
Tepung gandum - 2 1/2 sudu besar
Garam


Cara-cara:
1. Panaskan butter sampai cair.
2. Masukkan tepung gandum, kacau perlahan atas api sederhana sampai tak berketul.
3. Kacau bersama susu sedikit demi sedikit sampai tak berketul.
4. Masukkan cheese cheddar dan kacau perlahan.
5. Perasakan dengan garam.
6. Hiris kentang separa nipis. Susun kentang dalam bekas.
7. Tuang sos putih ke dalam bekas sampai menutupi kentang.
8. Tabur mozarella sebagai lapisan teratas.
9. Bakar selama 15-20 minit (kalau pakai jenis oven yang sama, iaitu microwave oven)



Licin weii kami laki bini makan (dipadan dengan pasta beef bolognese), semacam sedap je walaupun tak pernah rasa gratin sebelum ni hahhaa. Alaaaah macam baked potato la kot gamaknya kan. Not bad, for first trial. Lepas ni nak buat benda lain pulak. Takzabarrrrrr 😆

You May Also Like

0 comments