New Job?

by - December 14, 2020

 Assalamualaikum to all!


Ahh...lega dapat lunjur kaki atas katil malam hari macam ni dan tidur dengan family. Kalau tidak, waktu begini aku patut menghadap PC, dengan drama swasta kat ofis. Terima kasih kepada yang invent weekend, aku terhutang budi padamu. Lebiu long. Tiber hahahhaa.

Seperti yang sesetengah followers (omg perasan kan tapi whatever :P) mungkin dah tahu, ya betul aku dah mula kerja semula. Tapi bakal jadi penganggur semula jugak hahah. Pening khen. Itulah pasal, aku lagi pening sekarang ni. Mana nak cari kerja lagi, mana nak urus keluarga lagi, urus rumah lagi. Omg...memang aku tabik kat ibu bekerjaya yang boleh buat semua. Satu je yang aku kenal, iaitu mama aku. Sebab tu dia garang, sebab dia letih urus semua. Bukan bapak aku tak tolong, diorang bahagi tugas sama rata, tapi tetap mak aku letih dari segi emosi ke apa ke kan, mana nak tahu? Bekerja ni memang guna emosi banyak. Ada drama kat office, workload, tak cukup masa nak buat hal lain, masalah colleagues,  eh memacam lah. So aku respect sangat kat mama aku sebab mampu buat semua. She da best!

Berkenaan dengan hal kerja aku, sekarang aku kerja kat Sentral. Jauh dari rumah, tapi masih ok sebab kerja malam takda trafik pun. Smooth sailing je perjalanan pegi  balik kerja weh. Ni je part kerja malam yang aku suka. Oh dan elaun! Banyak jugak kasi elaun shift malam so sementara duk kerja ni, grab jela peluang yang ada kan untuk tambah pendapatan. Jadi boleh dikatakan yang kerja sekarang ni gaji agak banyak la banding dari kerja terakhir aku. Dapat save banyak untuk anak, bermewah sikit, Alhamdulillah. Rezeki yang anak bawak untuk kami suami isteri. Sayang dia tuuuu.

Part yang aku kurang suka, aku takde masa dengan anak. Ni kos lepas aku bekerja. Tiap kali keluar nak pegi kerja, anak aku cling kat kaki. Peluk takmau bagi keluar rumah. Aku sedih weh. Runtun hati mak mak aku ni. Aku ibu, of course aku nak duduk dengan anak dari keluar bekerja. Tapi aku perlu cari pendapatan untuk diri, untuk dia, untuk satu keluarga. Aim aku satu je, untuk dapatkan savings yang banyak untuk kami sekeluarga. At least bila dapat topup sikit untuk barang rumah atau bil ke, suami aku takdelah teruk sangat keluar duit sampaikan takde savings untuk diri dia. Aku nak dia ada savings yang banyak memandangkan kami ni orang swasta. Orang swasta je faham struggle dia kat sini. Jadi nak sedapkan hati tiap kali keluar rumah, aku ingat balik muka happy Azalea, jadi aku happy balik untuk ke tempat kerja. It's ok, everyone sacrifice something to gain something kan. Moga semua ni berbaloi untuk  kami bertiga...oh dan adik Azalea. Mihmih.

Sekarang ni aku tengah usaha cari kerja lain memandangkan kontrak akan tamat very soon. Walaupun management cakap semua orang akan redeployed  masuk projek lain, I know they are bullshitting us sebab sedikit impossible nak ambik 200+ agents. Tapi takpe aku pun tak mengharap ape ape, memang rasa nak keluar dari situ pun sebab aku punya team sucks gila. Sedih tengok situasi sekarang tapi nak buat macam mana kan, kita tak boleh control orang, tapi kita boleh control  diri kita so sabar jelah selagi boleh. Banyak sangat drama lately ni menjelang nak tutup projek. Aku tak tau sejak bila agents pandai main tikam belakang, cucuk sana sini, mengampu, etc. Dulu mula kenal ok je. People change kan?

TL aku pun sama teruk je. Dah tua tapi masih buruk perangai haha aku tak pernah laaa jumpa orang camni. Marmie masa aku kerja kat Zebra Technologies dulu 129% better dari TL sekarang. Very responsible, hardworking, lemah lembut kata-kata dia, tak pernah tengking walaupun bertegas dengan agents. Mindblown kalau compare dua orang TL ni. Disebabkan TL aku tak boleh terima kritikan langsung dari agents yang nak dia jadi a better TL, bersengketa kami satu team.

Aku memang tak boleh pi dengan environment penuh toksik ni. Jadi aku berniat nak cari kerja lain (demi anak, of course) yang diharapkan better dari semua ni. Gaji rendah sikit pun sokay (rendah sangat pun takleh gak haha) asalkan bukan BPO toxic camni. Dan harap sangat tempat baru lagi dekat dengan rumah sebab aku nak spend lebih masa dengan anak.

Doakan kami sekeluarga dapat rezeki yang lagi baik, kawan-kawan.

Gotta go to find jobs now! Toddles!

You May Also Like

0 comments